Wednesday, 6 November 2013

MEAL SHAKES SHAKLEE

Apa itu Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein tenusu (lembu)dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Meal shake mengandungi gula pada paras dibenarkan dan selamat kerana di ekstrak dari jagung, bukan pemanis tiruan seperti dalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak.

sesuai untuk semua peringkat umur, kanak2, ibu mengandung, ahli sukan, remaja dan warga emas.

SET MIGRAIN

APA ITU MIGRAINE...

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE...

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

Sunday, 3 November 2013

SET RESDUNG

Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti resdung. Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.



Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.